Tanggal 26 June 2009, kembalinya ibunda tercinta Siti Khatijah Tan Abdullah ke rahmatullah. Pemergiannya begitu tenang tatkala menghembuskan nafas terakhir sambil mengucapkan khalimah syahadah dengan disaksikan oleh kami sekeluarga.
Mama,
Allah lebih menyayangi dirimu. Pemergian mu aku terima dengan redha walaupun diiringi tangisan kerana begitu berat untukku melepaskanmu pergi. Kasih sayangmu tiada sempadan, jasa dan pengorbananmu tidak terbalas.Kesabaran dan keihlasanmu mendidik aku, abang dan adik tidak boleh dihitung dengan jari. Masih kuingat kata-kata ibu yg terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir "Farah, bila mama dah tiada ,jaga ayah baik-baik, jangan bergaduh dgn abg dan adik,Farah jgn lupa solat, ingat tuhan selalu"...Dan masih terbayang diruang mataku sewaktu mama tersenyum bangga tatkala namaku berkumandang di Dewan Konvokesyen University of Glasgow untuk menerima ijazah doktor falsafah, dan masih terngiang-ngiang ditelingakau sewaktu mama dengan bangganya memanggil ku "Dr Farah" tatkala aku menunjukkan scroll setelah hampir 5 tahun aku bertungkus lumus menuntut ilmu di perantauan. Tapi pada hari ini, mama sudah tiada, tiada lagi lepat pisang dan kuih koci yg akan menyambut kepulanganku setiap kali pulang bercuti, tiada lagi leteran menyuruhku untuk berumahtangga dan tiada lagi kata-kata semangat yg menenangkan hatiku setiap kali aku bersedih. Cuma yg tinggal hanya kenangan ku bersama ibu. Kenangan yg akan sentiasa terpahat di kotak ingatanku selagi hayatku dikandung badan.
Wahai Ibu,
Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Sebaknya dihati tatkala melihat tubuhmu yg layu tidak bermaya dimandi dan dikafankan. Hatiku merintih sayu, kalau boleh mahu sahaja aku bertukar nyawa agar ibu dapat dihidupkan kembali, namun aku tahu itu adalah mustahil, giliran ku akan tiba jua suatu hari nanti untuk menghadap Ilahi. Semua yang bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti kerana "Janji Allah itu benar, Sakkaratul maut itu benar dan Hari kiamat itu benar". Terbit satu rasa keinsafan dalam diriku apabila melihat jenazah ibu diturunkan diliang lahad, air mataku tumpah tanpa henti, tubuhku menggigil menahan sebak dihati, kaki ku seakan begitu lemah untuk berdiri. Ya Allah, Ya Tuhanku...berikan ku kesabaran, berikanku kekuatan untuk meneruskan hidupku tanpa Ibu disisi. Mama, ampunkan dosa Farah, halalkan makan minum Farah, halalkan susu badan mama dan terima kasih kerana menjaga dan mendidik Farah dengan baik, sesunggunnya engkaulah ratu hatiku. Masih kuingat tatkala Ibu memujukku disaat-saat akhir hayatnya, ibu kerap berkata "Farah anak yang baik, Farah anak yg paling sempurna untuk mama, semua Ibu di dunia ini akan bersyukur dan bangga kalau ada anak seperti Farah". Kata-kata yg membuatkan aku menangis kerana aku merasakan belum cukup berbakti untuk Ibu semasa hayatnya.
Mama,
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn. Al Fatiha.