Saturday, October 3, 2009

Mampukah aku menjadi wanita soleha????

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Wednesday, September 16, 2009

Sejuk ke cakap omputih..

Date : 20 Ogos 2009
Venue : Conference hall in 5 star hotel, KL

Time : 3.00 pm


En. X : Hi,
cik_kembang : Hi ( sambil melemparkan senyuman paling kambing abad ini )

En X : So, u're Dr. Farah

cik_kembang: Yes..
En. X : Just heard yr presentation on oil distillation..very impressive

cik_kembang : Ok, tq

En X : Where did u do ur pHD ??

cik_kembang : Glasgow

En X : I see.. (masa dia cakap..kening dia terangkat ala2 "double jerk" gitu...maaf sekiranya ada penggunaan bahasa inggeris disini)

cik kembang : (dalam hati...apa punya mamat ni...tanya phd kat mana..ishhh!!!..dia kenal haku apa ?? )

En. X : and where did u do yr master ??
cik-kembang : Leeds
En X : sekali lagi En X mengangkat kening seperti konpius..

cik_kembang : u ok ke ???
En. X : Err..I'm just wondering...someone who had been studied overseas just delivered her presentation in perfect bahasa malaysia...
cik_kembang ; Napa ?? Sejuk ke cakap omputih

En. X : Sejuk ???? apa yang sejuk ???

cik kembang : Sejuk tu omputih kata "cool"

En. X : Hahahaha....lawak jugak eh u ni Farah...

cik_kembang : Saya rakyat Malaysia, berada di Malaysia dan di dalam dewan ni 98% adalah orang melayu, mengapa perlu saya bercakap bahasa Inggeris, sedangkan semasa saya berpeluang membentang kertas kerja di Jepun, Korea, Taiwan, Bangkok, German...mereka begitu bangga menggunakan bahasa Ibunda...maaf jika menyinggung perasaan, saya cuma memperkatakan yg benar melalui pengalaman sendiri...kalau kita tak cakap bahasa malaysia..sapa lagi nak cakap ????

En X : (terlopong En. X sambil menggaru2 kepalanya yg saya rasa memang tak gatal)..
cik_kembang : Errr...En.. mulut tu jgn buka lama-lama..nanti masuk virus
HINI
En X : Hahaha..u ni kelakar la...

cik_kembang : Errr saya tak rasa pon saya kelakar...
En. X : U ada contact number tak maybe we can go to lunch someday...

cik_kembang : Saya bukan keje sini, saya kat Pendangshire

En X : Where on earth is Pendangshire ?

cik_kembang : Pengdangshire dekat ngan Balington and SPshire..atas sket dr Alor Starville..
En. X : Hahaha...u ni Farah...

cik_kembang : Since u know my name...may I know yours plsz..
En. X : Luqmanul Hakim..
cik_kembang : (Gulps !!!!Lahaiiiiiiii sedapnya nama)

Monday, August 3, 2009

Bahagia..

My definition of bahagia is "Mempunyai hati yg tenang dan sentiasa bersyukur dengan nikmat NYA" kerana takwa dan iman terletak dihati.

" Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa-rupa kamu, tetapi dia melihat kepada hati kamu. Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jarinya, dan berkata, Takwa itu terletak di sini. Dan nabi memberi isyarat ke arah dadanya tiga kali" (Hadis riwayat : Muslim)

Sunday, June 28, 2009

Al-Fatiha..

Tanggal 26 June 2009, kembalinya ibunda tercinta Siti Khatijah Tan Abdullah ke rahmatullah. Pemergiannya begitu tenang tatkala menghembuskan nafas terakhir sambil mengucapkan khalimah syahadah dengan disaksikan oleh kami sekeluarga.

Mama,

Allah lebih menyayangi dirimu. Pemergian mu aku terima dengan redha walaupun diiringi tangisan kerana begitu berat untukku melepaskanmu pergi. Kasih sayangmu tiada sempadan, jasa dan pengorbananmu tidak terbalas.Kesabaran dan keihlasanmu mendidik aku, abang dan adik tidak boleh dihitung dengan jari. Masih kuingat kata-kata ibu yg terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir "Farah, bila mama dah tiada ,jaga ayah baik-baik, jangan bergaduh dgn abg dan adik,Farah jgn lupa solat, ingat tuhan selalu"...Dan masih terbayang diruang mataku sewaktu mama tersenyum bangga tatkala namaku berkumandang di Dewan Konvokesyen University of Glasgow untuk menerima ijazah doktor falsafah, dan masih terngiang-ngiang ditelingakau sewaktu mama dengan bangganya memanggil ku "Dr Farah" tatkala aku menunjukkan scroll setelah hampir 5 tahun aku bertungkus lumus menuntut ilmu di perantauan. Tapi pada hari ini, mama sudah tiada, tiada lagi lepat pisang dan kuih koci yg akan menyambut kepulanganku setiap kali pulang bercuti, tiada lagi leteran menyuruhku untuk berumahtangga dan tiada lagi kata-kata semangat yg menenangkan hatiku setiap kali aku bersedih. Cuma yg tinggal hanya kenangan ku bersama ibu. Kenangan yg akan sentiasa terpahat di kotak ingatanku selagi hayatku dikandung badan.

Wahai Ibu,

Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Sebaknya dihati tatkala melihat tubuhmu yg layu tidak bermaya dimandi dan dikafankan. Hatiku merintih sayu, kalau boleh mahu sahaja aku bertukar nyawa agar ibu dapat dihidupkan kembali, namun aku tahu itu adalah mustahil, giliran ku akan tiba jua suatu hari nanti untuk menghadap Ilahi. Semua yang bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti kerana "Janji Allah itu benar, Sakkaratul maut itu benar dan Hari kiamat itu benar". Terbit satu rasa keinsafan dalam diriku apabila melihat jenazah ibu diturunkan diliang lahad, air mataku tumpah tanpa henti, tubuhku menggigil menahan sebak dihati, kaki ku seakan begitu lemah untuk berdiri. Ya Allah, Ya Tuhanku...berikan ku kesabaran, berikanku kekuatan untuk meneruskan hidupku tanpa Ibu disisi. Mama, ampunkan dosa Farah, halalkan makan minum Farah, halalkan susu badan mama dan terima kasih kerana menjaga dan mendidik Farah dengan baik, sesunggunnya engkaulah ratu hatiku. Masih kuingat tatkala Ibu memujukku disaat-saat akhir hayatnya, ibu kerap berkata "Farah anak yang baik, Farah anak yg paling sempurna untuk mama, semua Ibu di dunia ini akan bersyukur dan bangga kalau ada anak seperti Farah". Kata-kata yg membuatkan aku menangis kerana aku merasakan belum cukup berbakti untuk Ibu semasa hayatnya.

Mama,

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn. Al Fatiha.

Sunday, June 21, 2009

Dear friends

Dear friends..

Life is full with surprises. First, the heartthrob of MOA has given me an E-card saying "Congratulations"..well...that's not a big deal..but I feel like butterflies in my stomach the moment I clicked to the link attached. Second, I bought my 3rd properties without even thinking about it just because I like the pink "heart-shaped" wall. Third, my new neighbour has made an "annauncement of the year" saying that "Girl...I've got 2 available sons..so pick your choice...LOL"..hahaha..Fourth, my dear SILs insisted that I need a very serious "life make-over". They're so determined to help me coloured my boring and predictable life into something more happening like having a vacation while eyeing for Mr. Rite...hehehe..Finally I decided to take up the challenge coz 32 is not too old to try new things....

Hope for the best of luck...
Cik_kembang

Monday, May 25, 2009

Mr Imperfect..

My problem with love is that I already know the type of man I want to love. He is in my head.. The bigger problem with that is the person I based him on is completely not in my realm of possibility. Trust me on this, I have 0 chance of bumping into him. I figure if I am going to fall in love, I want it to be with someone my heart chooses. Unrealistic? Not really. I want the man I love to have faults. I want him to have problems. I just want to be able to accept the parts of him that are not perfect. Anyway, here is a description of my own personal Mr. perfect.

My perfect man…. AKA Mr. Impossible to find.

Firstly, he is not perfect. He is perfectly flawed. Which is to say he knows he is not perfect and accepts it. He has a sense of humor slightly out of whack with the worlds. He likes to talk and tends to see more then people realize, but he is too polite to point out things that might embarrass. He is able to sit in silence, so long as it is a companionable one. He likes to read and enjoys learning. He is kind and sincere without thinking about it. He accepts people as they are. He thinks skinny chicks are unnatural. He likes and enjoys a woman’s curves. He finds women attractive in sweats and t-shirts, just as he does when they wear evening gowns and lingerie. He loves to hear a woman laugh. His heart loves beauty- in art, nature and humanity. He is discreet and doesn’t kiss and tell. He works hard, and loves harder. When he falls you know it’s forever because it takes him forever to admit it to himself. He will never fail to stand up for his beliefs but he is just as willing to hear the other side. He has a childlike wonder and cherishes children because he sees them as amazing people. He loves to hear stories. He laughs often and with heart. He loves to hold hands and gaze into his loves eyes. He has to touch his love often, because he cherishes her presence. He likes to challenge his loves mind by arguing on any topics, because he can’t wait to hear what she is thinking about all manner of subjects both serious and silly. He loves to laugh in bed. He has integrity and good manners. He is respected in his work for taking risks, but unashamed when he fails because he learned things in the attempt. He can’t wait to go to bed at night because he will hold the woman he loves. He can’t wait to wake in the morning, because he wonders what she will say first. He is my perfect man. Now all I have to do is find him !!! Errr ..I mean "surf" him or "google" him..LOL...where should I start first???? ebay.com.my, lelong.com.my or jodoh.com.my..LOLOL

Sunday, March 15, 2009

Conjunctivitis

Lahaiiiiiiiiiii...azabnya sakit mata !!!!! The pain is indescribable, the itchy eyes are unbearable and the tears is immeasurable..seems like 1 liter of tears has been flowing continously from my eyes for the past few days...Arghhhhhh !!!!!!