Sunday, August 8, 2010

Fadhilat surah Al-Mulk

Assalamualaikum wbt.

Salam ukhwah dan selamat menyambut Ramadan Al-mubarak...

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua berkenaan dengan surah AL-Mulk. Marilah kita membaca dan mengamalkan surah ini secara istiqamah agar memperolehi syafaat di akhirat kelak..Aminnnnnn..

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)



2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)


8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)


9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

Saturday, May 1, 2010

Tahajjud..


Sekeping hati jika diberikan kpd seorang lelaki, ia akan hancur seperi kaca yang terhempas dari tingkat 77 bangunan KLCC..bersepai gitu. Tetapi jika hati yang hancur itu diberikan kepada Allah SWT, hati yg hancur itu akan dicantumkan semula. Ingat lah pada Allah, mohonlah padaNYA, mintalah padaNYA..Allah tidak akan jemu mendengar, Allah tidak akan berpaling dari hambaNYA yang merintih kesedihan, yang meratap, merayu mohonkan perlindungan dariNYA.

Sebagai manusia dan juga hamba Allah yang kerdil,saya tidak lepas dari melakukan kesilapan dan setiap kesilapan itu biasanya akan berakhir dengan kesedihan. Kesedihan yang membuatkan airmata berlinang dipipi, kesedihan yg membuatkan tidur malam tidak lena. Terasa ada yg tidak kena, hati yang tidak tenteram ini perlukan terapi. Hati yang terluka kerana cinta juga perlukan suntikan jiwa yg bisa mendamaikannya.

Hakikatnya, perasaan cinta itu anugerah Ilahi yg tidak ternilai harganya kerana itu tiada penawar atau ubat yg boleh didapati difarmasi atau dihospital untuk merawatnya. Hanya Allah saja yg mampu merawatnya. Sekiranya ada sesiapa yg mencipta pil merawat cinta ....sudah pasti anugerah "Nobel" berprestij itu menjadi miliknya..tetapi sehingga kini, penyakit yg satu itu tiada penawarnya.

Pernahkah kita terfikir Allah jadikan anggota/pancaindera kita berpasang-pasangan,,2 telinga, 2 mata, 2 tangan, 2 kaki, 2 ginjal, 2 jantung, 2 paru-paru..tetapi Allah jadikan 1 hati sahaja kerana hati yg 1 lagi adalah milikNYA....untuk kita sentiada mengingatiNYA dalam apa jua perkara yg kita lakukan..hendaklah sentiasa berserah kepadaNYA..

Aduhhhhh, sakitnya putus cinta, terasa separuh jiwa melayang pergi, hati terasa sakit seperti dicucuk duri hanya terapi Ilahi pengubat diri...lakukanlah tahajud untukNYA, bangunlah sepertiga malam, Insya Allah, hati akan tenang mensyukuri nikmatNYA.

Bila putus cinta, tahajud adalah terapi terbaik. Tak dapat digambarkan betapa hening dan tenangnya jiwa selapas mengadu padaNYA. Sebagai hambanya, kita kadangkala alpa untuk mengingatiNYA, tetapi hakikatnya ALLAH tidak pernah melupakan kita. Dengan sifat pemurahNYA dan rahmatNYA, ujian diturunkan kepada KITA dalam pelbagai bentuk dan rupa. Putus cinta, penyakit, kemiskinan, kekayaan, bencana, kecantikan...dan pelbagai lagi bentuk ujian ALLAH didatangkan kepada kita agar kita sedar dan kembali mengingatiNYA. Sebagai hambanya, bila ditimpa musibah adakalanya baru kita mahu bersujud padaNYA,..Subhanallah..

Oleh itu, masih belum terlambat bagi kita untuk sentiasa bersujud kepadanya tidak kira diwaktu senang maupun setelah ditimpa musibah. Bila hati sedih, saya gagahkan diri juga untuk bangkit dari tidur, bersujud untukNYA. Sepi malam bagaikan penyubur kesabaran. Jiwa rasa lepas dan bebas dapat berbisik-bisik, memohon dan merintih padaNYA. Hakikatnya kita memang banyak mempunyai permintaan kepada Yg Maha Esa, dan yakinlah bahawa doa kita akan dikabulkan olehNYA kerana sabda nabi "Doa dari hati yang ikhlas dan yakin, Insya Allah dikabuli olehNya"...

Posting ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk berkongsi "rasa" kerana sabda nabi 'Mengajak orang berbuat kebaikan juga satu sedekah"..dan saya menganggapnya sebagai satu amal jariah, bekalan yang akan dibawa dan dihitung di Masyar nanti...

Wasallam,,,
Dr. Farah..